Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Angry Birds Anjur ABC Challenge Oktober Ini

JOHOR BAHRU - Program 'Angry Birds Crew Challenge' (ABC Challenge) anjuran Angry Birds Activity Park Johor Bahru pada Okober ini, dilihat mampu membangunkan sahsiah diri dan membaiki keyakinan diri pelajar.

Mirip program rancangan permainan televisyen Korea Selatan 'Running Man', ABC Challenge yang dianjurkan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor itu telah menjelajah 200 buah sekolah yang dipilih secara rawak di daerah ini dan kawasan sekitar sejak 2015.

Dalam satu kenyataan, Angry Birds Activity Park berkata untuk edisi ketiga ini, lawatan promosi telah diadakan di sekolah-sekolah terpilih sejak Mac.

Sebanyak 100 daripada 400 buah sekolah rendah seluruh negeri Johor terpilih kali ini, katanya.

ABC Challenge yang berkonsepkan aktiviti fizikal merupakan pertandingan antara sekolah-sekolah rendah yang melibatkan unsur pendidikan dan mencabar kebolehan peserta untuk berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan konflik mahupun dari segi fizikal dan mental seperti permainan trampolin, go-kart dan 'bag jump'.

Pertandingan tersebut akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori A yang melibatkan pelajar tahun satu hingga tiga dan kategori B iaitu murid tahun empat hingga enam.

(Sumber - Bernama)