Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Pesta Pantai Bagan Lalang Pada 9-10 Sept Ini

SEPANG - Silat pantai antarabangsa dan bola sepak pantai adalah antara tarikan yang disediakan sempena Pesta Pantai Bagan Lalang pada 9 dan 10 Sept ini. 

Yang Dipertua Majlis Perbadaran Sepang Datuk Puasa Md Taib berkata pesta pantai tahunan itu menambah daya tarikan kepada pantai peranginan yang menjadi nadi kekuatan Sepang dalam menarik kedatangan pengunjung sejak sekian lama.

"Keindahan, kecantikan dan kebersihan Pantai Bagan Lalang akan terus menjadi teras kekuatan yang menarik kedatangan orang ramai untuk bercuti atau mengunjungi acara dianjurkan di situ," katanya dalam kenyataan.

Maklumat lanjut mengenai Pesta Pantai Lalang boleh diperoleh dengan menghubungi urus setia di talian 03-83190200 atau layari laman Facebook Majlis Perbandaran Sepang/ Pantai Bagan Lalang.

 

Sumber : BERNAMA