Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Aaron Kwok Dilapor Timang Anak Pada Usia 51 Tahun

HONG KONG - Aktor Aaron Kwok dilaporkan menyambut kelahiran anak pada usia 51 tahun selepas lima bulan berkahwin dengan model, Moka Fang.

Memetik laman AsiaOne, Aaron menemani isterinya itu sewaktu kelahiran bayi perempuan mereka di Hong Kong pada awal bulan ini.

Aaron Kwaok dan isteri bagaimanapun belum lagi memberi sebarang penjelasan berhubung berita kelahiran tersebut sehingga kini.

Pasangan itu berkahwin secara rahsia pada April lalu.


((ASIAONE))