Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Pelakon Veteran, Redford and Fonda Menarik Perhatian Dengan Filem "Our Souls at Night"

VENICE - Setengah abad selepas mereka pertama kali berlakon bersama, pelakon veteran Jane Fonda dan Robert Redford telah bekerjasama lagi dalam filem tentang kisah cinta, kesunyian dan persahabatan dalam kehidupan alam senja.

Filem "Our Souls at Night"  telah mengadakan tayangan perdana dunia pada hari Jumaat di festival filem Venice, dan bintang-bintang veteran itu kemudian dianugerah dengan ¨Golden Lions¨ sebagai pengiktirafan kepada dua-dua pelakon itu yang capai kerjaya yang paling lama dan paling berjaya di panggung wayang AS.

Dalam filem "Our Souls at Night", Fonda dan Redford bermain watak Addie Moore dan Louis Waters, sepasang jiran bersara, masing-masing janda yang tinggal dalam kehidupan tenang di bandar kecil Colorado.

Mereka telah mengenali antara satu sama lain bertahun-tahun, tetapi tidak pernah saling mengenali rapat.

Keadaan berubah apabila, pada pendirian Addie, mereka mula berkongsi tempat tidur - atas dasar bahawa persahabatan, teman dan perbualan akan membantu menyakit ¨insomnia¨ Addie dan meringankan kesepian mereka berdua selepas gelap.

Apabila persahabatan berkembang, sembang malam menjadi lebih serius, Addie dan Louis berkongsi kesedihan yang menyedihkan tentang bagaimana mereka mengendalikan detik-detik traumatik dalam kehidupan mereka yang sudah berkahwin dan ketakutan yang terhasil dalam hubungan mereka dengan anak-anak dewasa mereka.

Robert Redford, kini berusia 81 tahun, kali terakhir berlakon bersama Jane Fonda, yang berusia 79, dalam filem "The Electric Horseman" pada tahun 1979.

(Sumber - AFP)