Saturday, July 11, 2020

updated 8:59 AM UTC, Jul 11, 2020

NEGERIfm bersiaran 24 jam selama tiga hari sempena Aidilfitri

  • Published in Hiburan

SEREMBAN, 24 Mei - Stesen radio NEGERIfm bersiaran 24 jam selama tiga hari berturut-turut buat julung kalinya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Anuar Mohd Derus, ia seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mengehadkan pergerakan orang ramai.

Siaran 24 jam ini dapat memberi hiburan sekali gus menyampaikan informasi terkini kepada pendengar NEGERIfm.

Ketua Bahagian Rancangan NEGERIfm, Abdul Razak Ahmad pula berkata, NEGERIfm berperanan mendidik para pendengar supaya menjaga batasan sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKPB. 

NEGERIfm turut menerbitkan rancangan dengan kerjasama stesen negeri lain.