Saturday, July 11, 2020

updated 7:27 AM UTC, Jul 11, 2020

'Raya Stail Kita' bakal temui penonton TV2 malam esok

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus memeriahkan syawal anda bersama program istimewa, antaranya "Raya Stail Kita' yang menggandingkan ramai selebriti popular tempatan.

Bakal bersiaran di TV2 malam esok, penonton akan dihiburkan dengan nyanyian serta sketsa raya oleh artis jemputan seperti Raihan, Datuk Jamal Abdillah, Wani Hasrita, Senario dan Syafiq Farhain.

RTM sekali lagi menyajikan program hiburan bermutu bagi menghiburkan penonton ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam norma baharu.

Program "Raya Stail Kita' terbitan unit Hiburan TV RTM oleh penerbit Ain Sabrina On dengan durasi dua jam itu akan menemui penonton tepat 8.30 malam.

Kumpulan Senario menyatakan keterujaan masing-masing, sekalipun proses rakaman dilakukan ketika ramadan.