Wednesday, 15 July 2020

updated 12:25 PM UTC, Jul 15, 2020

Team Jariah Banafe agih sumbangan kepada artis memerlukan

  • Published in Hiburan

JOHOR BAHRU, 16 Mei - Sekatan pergerakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak menghalang kerja-kerja kebajikan dilakukan bagi mencari keberkatan bulan mulia, Ramadan.

Di Johor kebajikan tiga artis veteran disantuni iaitu Penyanyi Zaleha Hamid dan Aida Agil serta pelakon dan pelawak, Mat Sentol menerusi program sosial "Team Jariah Banafe".

Jelas Betty Banafe sumbangan diagihkan mengikut keperluan artis, sebagai menghargai jasa mereka selain menyifatkan tiada mereka, tiada barisan artis baharu seperti hari ini.

Antara sumbangan disampaikan adalah barangan keperluan harian, produk makanan tambahan dan lampin dewasa.