Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Penyanyi 60-AN M. Y. Shamsudin Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR - Penyanyi tahun 60-an, M. Y. Shamsudin, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini pada kira-kira pukul 11 malam tadi akibat jangkitan paru-paru.

Menurut isterinya, Fatimah Isa, 70, suaminya dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak lima bulan lepas selepas mengalami sesak nafas.

Fatimah yang dihubungi Bernama berkata Allahyarham sebelum ini terlantar sakit akibat lumpuh selepas terjatuh 27 tahun lepas.

Katanya jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan lima cucu.

Fatimah juga adalah pasangan duet Allahyarham menghasilkan beberapa lagu popular pada era 60-an, antaranya ‘Salah Sangka’ dan ‘Dapat Kembali’.

((BERNAMA))