Wednesday, May 27, 2020

updated 3:08 AM UTC, May 27, 2020

Pengasas irama rock "n" roll meninggal dunia

  • Published in Hiburan

NEW YORK, 10 Mei - Little Richard, yang mempunyai daya tarikan tersendiri ketika berada di pentas dan sering memukau orang ramai pada tahun 1950-an dengan lagu-lagu hits seperti "Tutti Frutti" dan "Long Tall Sally," telah meninggal dunia.

Beliau berumur 87 tahun.

Menurut majalah Rolling Stone, punca kematian putera perintis irama rock 'n' roll itu bagaimanapun tidak diketahui.

Dengan suara unik, berkisar dari nada kuat hingga ke falsetto yang memukau, Richard mengubah penonton dan menjadi inspirasi bagi para artis termasuk The Beatles ketika beliau mula mengubah irama "blues" menjadi gaya baharu "rock 'n' roll" bersama Fats Domino dan Chuck Berry.

Lagu tahun 1955 nya yang berirama rancak, "Tutti Frutti," dianggap terlalu ekstrem namun kemudiannya diubahsuai untuk dimainkan di stesen-stesen radio.

Ia kini menjadi seperti lagu pembukaan bagi irama rock 'n' roll dalam kehidupan rakyat Amerika.

Tetapi kelainannya menjadikan pemuzik sezamannya dihormati.

Richard mengejutkan Amerika pasca Perang Dunia Kedua dengan penampilan kemeja berwarna-warni, jaket makan malam yang dipenuhi dengan permata berkilau ditambah dengan misai yang tipis seperti jarum dan potongan rambut "pompadour" setinggi 15 sentimeter.