Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Lagenda Muzik Glen Campbell Meninggal Dunia

 

AMERIKA SYARIKAT - Legenda muzik 'country', Glen Campbell, yang popular menerusi lagu 'Rhinestone Cowboy' meninggal dunia pada usia 81 tahun.

 

Campbell yang pernah meraih enam Anugerah Grammy, termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, keahlian di Country Music Hall of Fame dan Musicians Hall of Fame, meninggal dunia akibat penyakit Alzheimer di Nashville, Tennessee.

 

Jualan albumnya pernah mencecah berjuta-juta unit sepanjang berdekad menjadi anak seni.

 

Sumber : AFP