Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Taylor Swift Akan Hadir Ke Mahkamah Berkaitan Kes Raba

LOS ANGELES - Bintang Pop, Taylor Swift dijangka hadir ke mahkamah di Denver minggu ini untuk perbicaraan kes DJ radio yang didakwa meraba beliau pada satu konsert.

Swift,27,dibenarkan memberi keterangan mengenai serangan tersebut pada sesi bertemu peminat empat tahun lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Shake It off' itu berkata, Dj radio tersebut, David Mueller, meraba punggungnya ketika melawat belakang pentas di Pepsi Centre, Denver pada Jun 2013 sebelum konsert berlangsung.

Mueller dipecat selepas dua hari dakwaan dibuat oleh majikan sebuah stesen radio tempatan, KYGO.

Dalam pada itu, Mueller turut mengambil tindakan mahkamah terhadap Swift pada September 2015 yang mendakwa Swift sepatutnya memanggil polis dan bukan pengurusannya sehingga menyebabkan dia kehilangan pekerjaan.

Mueller menafikan perbuatannya itu dan menyaman Swift sebanyak AS$3 juta sementara Swift hanya menuntut AS$1 dan keputusan yang mensabitkan tertuduh bersalah.


Swift berkata keputusan yang berpihak kepadanya akan menjadi contoh bagi wanita lain yang mungkin takut tampil untuk berdepan dengan keadaan yang sama.

((AFP))