Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Pelakon Chris Pratt Dan Isteri, Anna Faris Umum Perpisahan

LOS ANGELES - Pelakon Chris Pratt dan isterinya, aktris Anna Faris mengumumkan bahawa wereka akan memisah selepas lapan tahun berkahwin, dalam satu kenyataan bersama.

Pasangan yang mempunyai anak bersama, Jack yang baru masuk lima bulan, berkata mereka "kecewa" untuk membuat pengumuman selepas mencuba "untuk sekian lama" untuk menyelamatkan hubungan mereka.

"Anak kami mempunyai dua orang ibu bapa yang sangat menyayanginya dan demi kepentingannya, kami ingin mengekalkan keadaan secara peribadi dan sulit," kata kenyataan itu.

"Kami masih mempunyai kasih sayang antara satu sama lain, akan sentiasa menghargai masa kita bersama dan terus menghormati satu sama lain."

Pratt, 38, adalah pelakon lelaki terkemuka Hollywood kerana peranannya dalam "Jurassic World" dan Marvel's "Guardians of the Galaxy."

(Sumber - AFP)