Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Beyonce Ambil Ramai Pembantu Urus Anak

LOS ANGELES - Penyanyi, Beyonce dilaporkan mengupah lebih ramai pembantu menguruskan anak kembarnya.

Dipetik Ace Showbiz, bintang itu bersama suaminya, Jay Z, mengambil seramai 18 orang pembantu termasuk melaksanakan tugasan di rumah, enam pengasuh dan khidmat jururawat bekerja shift 24 jam.

Menurut sumber, pasangan itu juga dilaporkan telah menempah kereta antipeluru.

Selain itu, seorang pakar turut diupah untuk mewujudkan akaun media sosial untuk anak kembarnya.

Keluarga itu juga baru berpindah ke rumah baharu mereka bernilai AS$25 juta.

((ACE SHOWBIZ))