Wednesday, May 27, 2020

updated 1:13 AM UTC, May 27, 2020

Ashraf Muslim reda sambut Ramadan di hospital

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR , 23 April - Masih dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19 pada 12 April lalu, pelakon Ashraf Muslim akui rasa sayu, kerana perlu menjalani ibadah puasa di wad.

Namun, beliau reda, dan berdoa semoga Ramadan yang bakal disambut bersama rakan-rakan pesakit , mendapat keberkatan.

Ditemubual melalui aplikasi skyppe dalam program Selamat Pagi Malaysia, Ashraf memaklumkan keadaan kesihatannya, semakin baik.