Friday, July 28, 2017
vital-top
updated 4:09 AM UTC, Jul 28, 2017

Filem 'Apes' Atasi Filem 'Spider-Man' Dalam Persaingan "Box Office"

NEW YORK - Filem "War for the Planet of the Apes" mengatasi filem "Spider-Man: Homecoming" di persaingan "Box Office pasaran Amerika Utara, dengan kutipan pembuka tayangan anggaran US$56.5 juta manakala filem "Spider-Man dapat kutipan US$45.2 juta.

Ketua pengedaran syarikat Fox, Chris Aronson yakin bahawa menyebaran melalui mulut akan membawa filem "War for the Planet of the Apes" ke tahap kutipan yang lebih tinggi.

Sekuel filem animasi dari Universal "Despicable Me 3" mendapat kutipan US$18.9 juta pada minggu ketiga, membawa jumlah kumulatifnya kepada US$188 juta dalam pasaran Amerika Utara.

Komedi aksi Edgar Wright Sony, filem "Baby Driver" diikuti dengan kutipan US$8.8 juta,

Filem komedi romantik, "The Big Sick," menghasilkan kutipan US$7.6 juta - dianggap satu kejayaan yang jarang berlaku untuk filem komedi dalam musim panas.

(Sumber - AP)