Tuesday, July 7, 2020

updated 2:27 AM UTC, Jul 7, 2020

Penyanyi Glenn meninggal dunia akibat meningtis

  • Published in Hiburan

JAKARTA, 9 April - Penyanyi popular Indonesia, Glenn Fredly, 44 tahun meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam akibat meningitis.

Khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh rakan rapat mendiang yang juga merupakan seorang penyanyi, Tompi.

Menerusi satu laporan daripada sebuah portal agensi, Glenn atau nama sebenarya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Setia Mitra jam 6 petang waktu tempatan iaitu 7 malam waktu Malaysia.

Sepanjang penglibatannya di dalam industri hiburan Jakarta dan Malaysia, Glenn yang merupakan suami kepada penyanyi dangdut Mutia Ayu itu popular pada era 90-an dan awal 2000 menerusi lagu Januari, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita.

Kematian penyanyi yang pernah menjadi vokalis Funk Section pada tahun 1995 itu diratapi oleh para peminat yang rata-ratanya membanjiri laman sosial Instagram beliau dengan ucapan takziah.