Wednesday, May 27, 2020

updated 8:43 AM UTC, May 27, 2020

KKMM sedia bantu penggiat seni

  • Published in Hiburan


KUANTAN, 4 April -
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersedia membantu penggiat seni dengan peruntukan disalur kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara sama juga perlu diberikan kepada pegawai berstatus sambilan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan hab simpanan dan penyampaian sumbangan COVID-19 Parlimen Indera Mahkota di Kotasas, Kuantan, Pahang.