Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Penyanyi Beyonce Melahirkan Anak Kembar, Menurut Laporan Yang Belum Sah

LOS ANGELES - Penyanyi Beyonce dan suaminya, Jay Z dilaporkan menyambut kelahiran anak kembar, menurut "tweet" bapa Beyonce, tetapi tiada butiran maklumat yang mengesahkan kedatangan tambahan baru kepada keluarga muzik yang sudah termasuk anak sulung, Blue Ivy yang berusia lima tahun.

Berita bahawa penyanyi itu telah melahirkan anak, dilaporkan pada hari Sabtu oleh majalah hiburan termasuk majalah "People" dan "US Weekly".

Setakat ini masih tiada kenyataan rasmi dari keluarga Beyonce mengenai kelahiran dan seorang wakil untuk Beyonce tidak balas kepada permintaan untuk komen.

(Sumber - AFP)