Friday, July 10, 2020

updated 4:53 AM UTC, Jul 10, 2020

KKM cadang pengusaha bas ekspres amalkan penjarakan sosial di dalam bas

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 19 Mac - Kementerian Kesihatan akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk mengarahkan kesemua pengusaha bas ekspres melaksanakan penjarakkan sosial di dalam bas.

Menterinya Datuk Seri Dr. Adham memaklumkan, para pemandu dan penumpang juga akan diminta memakai alatan pencegahan penularan wabak, khususnya topeng muka.

Perkara itu dibuat susulan laporan seorang penumpang bas ekspres dari Larkin Sentral, Johor Bharu ke Terminal Sentral, Kuantan, Pahang pada 16 Mac lalu disahkan positif COVID-19.