Wednesday, 30 September 2020

updated 12:44 AM UTC, Sep 30, 2020

Raja Perlis titah aktiviti di seluruh Masjid Perlis dihentikan termasuk solat Jumaat, bermula hari ini sehingga 29 Mac

  • Published in Nasional

PERLIS, 16 Mac - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail menitahkan segala aktiviti berkumpulan di Masjid termasuk Solat secara berjemaah dan solat jumaat dihentikan seketika untuk tempoh 14 hari.

Ia bermula waktu maghrib hari ini sehingga waktu Isyak 29 Mac depan.

Titah dan perkenan Tuanku Raja Perlis itu setelah menerima pandangan dan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan serta mendapat panduan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Perlis.

Untuk itu; Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengambil keputusan menerusi Titah tersebut.

Ini melibatkan pihak pengurusan masjid diarah mengambil langkah mengantikan ungkapan seruan azan berdasarkan riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn 'Abbas.

MAIPs juga menyeru hanya muazzin perlu hadir awal bagi tujuan melaungkan azan.

Masjid-masjid perlu melaksanakan proses pembasmi kuman dalam tempoh 14 hari yang ditentukan.

Begitu juga menangguhkan semua aktiviti masjid sama ada kelas, kuliah dan pengajian.

Pengajaran secara dalam talian boleh dipertimbangkan sebagai alternatif.

Tempoh pelanjutan akan dipertimbangkan setelah mendapat pandangan Kementerian Kesihatan.