Monday, 28 September 2020

updated 4:59 AM UTC, Sep 28, 2020

40 tahun dalam seni nyanyian, Jamal rai dengan konsert bergimik

  • Published in Hiburan

 

BANGI, 12 Mac - Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah nampaknya tidak duduk diam. Jamal tampil dengan konsert istimewa bagi meraikan pembabitan 40 tahun beliau dalam bidang seni suara. Konsert berskala besar itu bakal berlangsung di Istana Budaya, Ogos depan.

Datuk Jamal ditemui Bdiva pada majlis preview Buffet Ramadhan di Hotel Tenera Bangi, Selangor baru-baru ini.
Jelas beliau, konsert yang bakal dipentaskan selama lima malam itu akan diiringi pemuzik profesional dari kumpulan kesenian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mengharapkan gimik, beliau berhajat untuk mengundang beberapa selebriti veteran dan baharu.