Logo

Suami Rubiah Suparman meninggal dunia

SUBANG JAYA, SELANGOR, 8 Mac - Zahri Mohd Nor, suami kepada pelakon veteran Rubiah Suparman meninggal dunia pada 5.15 petang semalam di kediamannya di USJ, Subang Jaya akibat kanser paru-paru.

Allahyarham yang disahkan menghidap kanser paru-paru pada hujung Januari lalu bagaimanapun tidak menjalani sebarang pembedahan kerana risiko tinggi memandangkan usia sudah menjangkau 80 tahun.

Allahyarham selamat dikebumikan pagi tadi di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya.

Kehilangan arwah amat dirasai bukan sahaja ahli keluarga malah sahabat handai yang cukup menyenangi sikap allahyarham yang ceria dan suka berjenaka.

Rubiah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Zahri pada tahun 1984 dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan.

Allahyarham juga meninggalkan 2 orang anak lelaki dengan hasil perkahwinan terdahulu.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.