Monday, May 25, 2020

updated 10:25 AM UTC, May 25, 2020

Filem Ratu Kala Jengking berdasarkan kisah benar

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR, 2 Mac - Kisah benar seorang wanita bernama Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur yang pernah mempunyai 99 suami kini diangkat ke layar perak menerusi filem Ratu Kala Jengking.

Filem pertama A. Aida Production Sdn. Bhd. itu menelan belanja lebih dua juta ringgit mula ditayangkan Khamis lalu.

Walaupun tidak ramai yang berani mengambil risiko mengangkat kisah rakyat ke layar perak, Datuk A. Aida mempunyai pendirian tersendiri apabila memilih kisah yang dikatakan berlaku 20 tahun lalu di sebuah daerah di Johor.

Ratu Kala Jengking menampilkan pelakon Nadia Brian, Amar Asyraf, Datuk Fizz Fairuz, Eyra Hazali dan penampilan istimewa penyanyi terkenal Indonesia, Firman Siagian.

Lokasi penggambaran yang jauh ke dalam hutan dan melibatkan haiwan seperti ular sawa dan kala jengking memberi cabaran kepada pelakon.

Filem Arahan Bade Haji Azmi ini turut menerima sentuhan Yusry Abdul Halim untuk skor muziknya dengan garapan lagu moden dalam filem yang berlatarbelakangkan kisah dahulu kala.