Logo

Kepentingan institusi diraja terserlah

KUALA LUMPUR, 29 Feb - Situasi politik negara ketika ini menyerlahkan peranan penting institusi diraja sebagai perunding cara peringkat tertinggi.

Pakar perlembagaaan Profesor Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz berkata, dengan adanya Institusi Diraja, pentadbiran negara terus berjalan lancar walau berlaku pembubaran kerajaan.

Ketika berdepan situasi seperti sekarang, Yang di-Pertuan Agong telah memainkan peranan yang sangat penting bagi menentukan pemimpin yang benar-benar layak dilantik sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kuasa institusi diraja telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, antaranya Perkara 38(6)(B) yang menyatakan Majlis Raja-Raja boleh bertindak mengikut budi bicara di dalam apa juga prosiding termasuk memberi nasihat berhubung pelantikan Perdana Menteri.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.