Monday, May 25, 2020

updated 10:25 AM UTC, May 25, 2020

Tempahan "Oderfood Syriacare" dibuka untuk agihan sepanjang Ramadan nanti

  • Published in Hiburan

KELANA JAYA, 25 Feb - Akibat perang saudara, ratusan ribu penduduk Syria terpaksa meninggalkan kediaman mereka di barat laut negara itu sejak Disember lalu.

Mereka amat memerlukan bantuan termasuk sumbangan makanan.

Prihatin beban dipikul masyarakat Islam Syria, Kempen Ramadan Al-Khair 8.0 tahun ini, telah melancarkan "Oderfood Syriacare".

Menerusi kempen itu, orang ramai boleh menyumbang dengan memesan makanan hanya di hujung jari untuk terus disalurkan ke Syria, sepanjang Ramadan nanti.

Tempahan "Oderfood Syriacare" telah dibuka pada 19 Februari lalu.

Ketika ditemui RTM, Ikon-Ikon selebriti Syria Care ini berkata aplikasi itu amat memudahkan masyarakat untuk bersedekah secara terus ke negara yang rakyatnya amat memerlukan bantuan.

Majlis pelancaran sempena Kempen Ramadan Al-Khair 8.0 dan oderfood syria care disempurnakan Datin Seri Masdiana Muhamad, Isteri Menteri Besar Selangor.

Buat permulaan dua pakej diperkenalkan iaitu pakej makanan siap masak berharga RM15 dan satu lagi pek bekalan makanan untuk sebulan berharga 150 Ringgit untuk 5 orang sekeluarga.

Sejak Oderfood dilancarkan pada 20 November lalu, sebanyak 4,450 pek makanan telah dihantar.