Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Filem Tamil Tempatan Di Pawagam Singapura Dan Sri Lanka

  • Published in Hiburan
Foto -Google

KUALA LUMPUR – Filem Tamil tempatan , 'Vedigundu Pasangge' (Penumpang Bom)  akan memasuki  pawagam  Malaysia , Singapura dan Sri Lanka secara serentak pada 26 Julai depan.

Menurut penerbitnya Denes Kumar, filem itu merupakan sekuel kepada dua filem sebelumnya yang diterbitkan pada 2014 dan 2011.

Perbincangan juga sedang diadakan dengan kumpulan tertentu bagi membolehkan filem ini ditayangkan di United Kingdom bulan hadapan.

Denes, 36, yang  merupakan pelakon utama  berkata  filem ini  berkisar kepada kes jenayah di Malaysia terutamanya  yang melibatkan masyarakat India di  Malaysia.

Denes berkata filem terbitan Veedu Production itu , mempunyai 150 pelakon gabungan bakat tempatan dan India  termask  Teejay  Arunachalam,  Shakthisree  Gopalan,  Sathyaprakash  Dharmar,   Datin Seri Shaila Nair  dan Balan Kashmir.

Bintang  'Adiwiraku’ Sangeeta Krishnasamy dan bintang ‘Ola Bola’ Sarankumar  Manokaran  turut membintangi filem itu.

Filem diarah oleh Dr Vimala Perumal manakala Muzik digubah oleh dua  pengarah muzik terkenal dari India  iaitu  Vivek Siva dan Mervin Solomon.

((BERNAMA))