Thursday, April 27, 2017
vital-top
updated 12:59 PM UTC, Apr 27, 2017

Pelakon Malaysia Ditahan Bawa Dadah Di Medan

JAKARTA - Seorang pelakon lelaki negara ditahan polis Indonesia selepas disyaki membawa dadah ketika memasuki Kota Medan, Sumatera Utara melalui Lapangan Terbang Kualanamu, 18 April lepas.

Media dalam talian memetik Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah sebagai berkata, Benjy ditahan dua hari lepas setelah pihak berkuasa di lapangan terbang itu membuat pemeriksaan badan terhadapnya.

Beliau berkata setelah membuat pemeriksaan bahagian duburnya, mereka menemui dua paket dadah sintatik yang dipercayai syabu seberat 14 gram. 

Katanya, pelakon berusia 38 tahun itu mendakwa memasuki Kota Medan untuk bertemu dengan seorang rakannya yang bekerja sebagai juruhebah.

Sementara itu Atase Polis Diraja Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Abu Bakar Yaacob ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata pelakon itu kini ditahan polis Medan bagi siasatan lanjut.

Abu Bakar berkata .suspek diitahan dua hari lepas pada 9.30 malam ketika tiba di lapangan terbang berkenaan dengan menaiki sebuah pesawat tambang murah dari Kuala Lumpur. 

Pelakon itu sebelum ini pernah didakwa beberapa kali berkaitan kes dadah di Malaysia sejak 2015.