Thursday, February 27, 2020

updated 4:53 AM UTC, Feb 27, 2020

Kempen Simplycity Di Hati berjaya kumpul dana RM171,145 bantu kanak-kanak menghidap penyakit jantung

  • Published in Hiburan

 

KUALA LUMPUR, 10 Feb - Bukan bertujuan mengumpul dana semata-mata, tetapi turut membantu biayai kos pembedahan lima kanak-kanak pesakit jantung.

Tahun ini, Kempen Simplysiti Di Hati berjaya mengumpul dana bernilai RM171,145 ringgit dalam tempoh setahun, dan sekaligus mencapai lebih dari sasaran.
Sebuah majlis tertutup telah diadakan Dato' Sri Siti Nurhaliza dan pengerusi Simplysiti, Datuk Khalid Mohd Jiwa di ibu kota baru-baru ini turut meraikan para tetamunya.

Pada majlis tersebut,acara penyerahan replika cek telah diberikan kepada Raja Datin Seri Zuraida Raja Mansur selaku pengerusi jawatankuasa sosial dan kebajikan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan IJN, sebagai tanda rasmi penyerahan dana untuk disalurkan ke Tabung Yayasan IJN.

Istimewanya juga para tetamu dihiburkan oleh Dato' Sri Siti sendiri dengan beberapa buah lagu termasuk lagu "Terang" khas buat pesakit jantung untuk membakar lagi semangat mereka untuk sembuh dan meneruskan kehidupan.

Kempen itu telah bermula sejak 2011 sehingga tahun 2018, dan kempen itu telah berjaya mengumpul dana lebih 200 ribu ringgit dan telah membiayai kos pembedahan 14 orang kanak-kanak.