Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

Abam Bocey disahkan meninggal dunia

  • Published in Hiburan

GOMBAK, 10 Feb - Pelawak dan pelakon popular Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham meninggal dunia akibat demam panas di kediamannya di Gombak, Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi.

Difahamkan, kejadian disedari isterinya, Nor Hidayah selepas Allahyarham tidak bangun ketika dikejutkan untuk solat Subuh.

Abam yang juga anggota kumpulan Bocey dipercayai demam sejak dua hari lepas, namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Jenazah allahyarham dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolat sebelum dikebumikan.

Allahyarham meninggalkan isteri dan seorang anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, yang berusia lima bulan.

Selain Abam, kumpulan Bocey turut dianggotai Fad dan Acey.