Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Perjuangan isu Palestin perlu diterjemah dengan komitmen

  • Published in Nasional

PETALING JAYA, 10 Feb - Keadilan terhadap saudara se-Islam perlu diterjemahkan dengan komitmen, bukan dengan laungan retorik semata-mata.

Demikian tegas Pengerusi Kaukus dan Tadbir Urus Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menggesa semua negara Islam terus membela nasib rakyat Palestin yang terus ditindas.

Datuk Seri Anwar menyatakan perkara itu pada Majlis Makan Malam Perpisahan sempena Persidangan Liga Parlimen Al-Quds Kali Ketiga.

Beliau turut menyifatkan pelan damai dibawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai buah fikiran pemimpin itu sendiri.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Penasihat Jawatankuasa Penganjur Persidangan Al-Quds, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.