Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

103 pengiat seni dapat kediaman PPR

  • Published in Hiburan

PUTRAJAYA - Permohonan 103 pengiat seni untuk mendapatkan kediaman di bawah skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah diluluskan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata secara kesleuruhan sebanyak 122 permohonan diterima namun 19 daripadanya ditolak kerana sudah memiliki rumah.

Kesemua mereka akan memiliki rumah PPR dalam masa terdekat dan surat tawaran akan diberikan selepas proses pendaftaran selesai.

Permohonan para penggiat seni itu dibuat melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Terdahulu Zuraida menyampaikan surat tawaran PPR Lembah Subang 2 kepada penyanyi Shima dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Perumahan Rakyat di Putrajaya.

Mereka yang mendapat kediaman PPR hanya perlu membayar sewa bulanan berjumlah 255 ringgit dan boleh membeli rumah itu selepas tempoh dua tahun.