Tuesday, September 25, 2018
vital-top
updated 2:19 AM UTC, Sep 24, 2018

Pelakon Wanita Veteran Lai Meng Meninggal Dunia

  • Published in Hiburan
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR -  Pelakon wanita veteran negara, Datuk Lai Meng Yi yang lebih dikenali sebagai Lai Meng Yi atau “Aunty Lai Meng”, meninggal dunia pada usia 90 tahun,  malam semalam.

Lai, yang nama sebenarnya Lai Kwai Yoon mula menceburi bidang seni sebagai salah seorang  daripada  sekumpulan empat anggota yang popular menerusi  sketsa komedi radio dalam tahun 1950-an.  

Kemudian, beliau menjadi terkenal dalam siri televisyen Empat Sekawan yang kali pertama disiarkan  menerusi  Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1966 sehingga selama dua dekad dan berakhir dalam tahun 1980-an. 

Pelakon itu juga menjadi popular menerusi wataknya sebagai seorang ibu yang menderita penyakit Alzheimer dalam filem Money No Enough II, arahan pengarah Singapura Jack Neo, pada tahun 2008. 

Lai menerima anugerah Datuk daripada Sultan Pahang , Sultan Ahmad Shah pada tahun 2013. 

Beliau  juga dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, pada 1 Mei lepas.

((BERNAMA))