Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Bill Cosby Didapati Bersalah Lakukan Serangan Seksual

  • Published in Hiburan
Foto - AFP

NORRISTOWN - Ikon televisyen, Bill Cosby disabitkan kesalahan melakukan serangan seksual dalam perbicaraan semula oleh mahkamah di sini semalam.

Cosby yang kini sudah berusia 80 tahun dan uzur bakal menghabiskan sisa kehidupan di penjara selepas bersalah memberi dadah serta mencabul Andrea Constant di kediaman mewahnya di Philadelphia pada Januari 2004.

Cosby yang satu ketika dulu dianggap figura berpengaruh dalam budaya abad ke-20 Amerika selepas muncul sebagai aktor kulit hitam pertama menghiasi waktu puncak siaran televisyen negara itu hanya duduk diam ketika juri mengumumkan keputusan berkenaan.

Perbicaraan pertama Cosby berakhir tanpa sebarang keputusan Jun tahun lalu.

Namun semalam, juri yang bersidang lebih dari 14 jam untuk dua hari mendapati beliau bersalah untuk kesemua tiga tuduhan serangan seksual ketika Constant berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Setiap tuduhan itu membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun.

((AFP))