Tuesday, September 25, 2018
vital-top
updated 2:19 AM UTC, Sep 24, 2018

Wani Kayrie Berhasrat Lagu Baharu Dikeluarkan Pertengahan Tahun Ini

  • Published in Hiburan
Foto - IG wanikayrie

KUALA LUMPUR - Meskipun sibuk dengan persiapan  untuk pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat , Wani Kayrie berhasrat untuk mengeluarkan lagu terbaharunya pertengahan tahun ini.

Walaupun tidak menjelaskan dengan lanjut mengenai lagu baharunya, penyanyi yang terkenal dengan lagu “Jangan Jangan”, memberi bayangan lagu itu akan dikeluarkan sebelum atau selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Saya sedang cuba yang terbaik untuk mengeluarkan lagu terbaru kerana sekarang saya sedang sibuk dengan aktiviti nyanyian dan memenuhi jemputan majlis tertentu.  Mungkin lagu tersebut akan dikeluarkan sebelum atau selepas Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada  Bernama.

Wani Kayrie yang akan terbang ke Hollywood, Amerika Syarikat pada Julai depan untuk bersaing dalam pertandingan WCOPA melibatkan beberapa negara, berkata: “Saya kini sedang memilih lagu yang akan dinyanyikan yang melibatkan lima kategori, setiap lagu perlu berdurasi satu minit.”

“ Bukan  senang untuk menonjolkan bakat dalam tempoh satu minit kerana terdapat 63 pesaing dari seluruh dunia,” katanya yang baru-baru ini mendapat publisiti meluas apabila mendapat 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

((BERNAMA))