Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

DJ Terkenal Avicii Meninggal Dunia

  • Published in Hiburan
 
Foto: AVICII -Reuters

NEW YORK - DJ terkenal Avicii meninggal dunia semalam di Muscat, Oman pada usia 28 tahun.

Punca kematian mendiang masih dirahsiakan.

Avicii berasal dari Sweden mengumumkan pesaraannya pada 2017 selepas didiagnosis penyakit pankreatitis kesan pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan.

Avicii adalah antara DJ pertama yang berjaya menembusi pasaran utama serentak dengan kebangkitan muzik berentak tarian, bermula dari hanya dimainkan di kelab malam hingga tersenarai dalam carta radio Top 40.

Lagu paling popular beliau bertajuk Wake Me Up berada dalam kedudukan pertama seluruh Eropah pada tahun 2013 dan turut menampilkan penyanyi berentak soul, Aloe Blacc.

((AFP))