Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Amylea, Kaer Muncul Dengan Lagu Duet

  • Published in Hiburan
Foto - Instagram amyleaazizan

KUALA LUMPUR - Kaer Azami dan Amylea Azizan, dua penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) yang masing-masing menyepikan diri  lebih sedekad, muncul bergabung buat pertama kali untuk lagu duet ‘Tak Pernah Hilang’. 

Lagu bergenre pop balada yang dirakam Januari lepas dalam bentuk digital itu telah ditonton  lebih 66,000 kali walaupun baru dua hari dimuat naik ke laman YouTube.

Amylea  yang merupakan penulis lirik lagu itu, berkata lagu itu digubah pada 2015 dan mengisahkan dua insan yang tidak meluahkan perasaan cinta terhadap satu sama lain.

Beliau berkata kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam rancangan temu bual Nine11 terbitan Bernama News Channel.

 

Katanya beliau selama ini banyak menulis lagu untuk drama dan artis lain antaranya Alif Satar. 

 

Sementara itu, Kaer berkata lagu tersebut merupakan langkah pertamanya untuk memulakan kembali kerjaya nyanyian selepas banyak menghabiskan masa di Jakarta menguruskan perniagaan pakaian lelaki selepas meninggalkan program AF.

Mengakui timbul keraguan akan kemampuannya untuk menyanyi semula selepas lama tidak berbuat demikian, Kaer berkata hatinya membisikkan keyakinan untuk beliau meneruskan hasrat itu. 

((BERNAMA))