Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

D J Dave Rakam Semula Dua Lagu, Pupuk Kesetiaan Rakyat

  • Published in Hiburan
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR – Selepas hampir empat dekad, penyanyi terkenal Datuk DJ Dave merakam semula dua lagunya ‘Kawan Setia’ dan ‘Negaraku Tercinta’ bagi menerapkan semangat kesetiaan dalam kalangan rakyat.

Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Khairil Annas Jusoh berkata dua lagu itu, yang diberi sentuhan baharu oleh komposer terkemuak S.Atan, dimuatkan dalam album khas Nada Ritma Negara - Kawan Setia.

Beliau berkata album berkenaan, yang akan diedarkan secara percuma, diterbitkan Pejabat  Penasihat Perdana Menteri bersama-sama  Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih.  

Beliau berkata selepas melancarkan album khas itu di sini.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, Datuk Seri Najib menjadikan bait-bait lagu bertajuk 'Kawan Setia' sebagai satu perlambangan untuk menggambarkan hubungan akrab beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berharap album khas itu dapat memberi impak positif kepada kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. 

((BERNAMA))