Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Salman Khan Dipenjara 5 Tahun Memburu Secara Haram

  • Published in Hiburan
Foto - Reuters

NEW DELHI - Aktor terkenal Bollywood, Salman Khan dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Rajasthan selepas didapati bersalah memburu secara haram.

Khan, 52, melanggar Undang-undang Hidupan Liar negara itu dengan membunuh spesis antelop terancam pada 1998.

Sementara itu empat lagi pelakon Bollywood iaitu Saif Ali Khan, Neelam, Tabu dan Sonali Bendre yang didakwa dalam kes berkenaan dibebaskan berikutan kekurangan bukti.

Khan dilaporkan akan membuat rayuan terhadap hukuman berkenaan yang akan diperdengarkan pada Jumaat.

((REUTERS))