Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Penggiat Industri Kreatif Digesa Bawa Karya Ke Peringkat Antarabangsa

  • Published in Hiburan

SHAH ALAM - Penggiat industri kreatif tempatan digesa mengorak langkah lebih berani dengan membawa karya kreatif mereka ke peringkat antarabangsa.

Presiden Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDM) Muhammad Dean Lau Abdullah berkata langkah itu bagi meletakkan penggiat industri kreatif negara lebih dikenali di peringkat global, selain meningkatkan daya saing mereka.

Beliau berkata kepada Bernama selepas menghadiri forum Suara Industri Kreatif 2018- "The Realities Of Making A Movie In Malaysia Today" di sini.

 

Muhammad Dean Lau berkata hasrat itu juga akan dapat dicapai dengan penglibatan lebih ramai lagi penggiat industri terutamanya dalam kalangan generasi muda yang disifatkan mempunyai idea lebih segar dan baharu.

((BERNAMA))