Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

70 Karya Indie Bersaing Dalam AYIFF 2018

  • Published in Hiburan
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 70 karya kreatif filem indie tempatan dan antarabangsa bakal bersaing sempena ‘Asian Youth Indie Film Festival’ (AYIFF) 2018 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung selama dua hari mulai Isnin depan di UUM, Sintok, Kedah.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata karya-karya asli itu yang dipertandingkan dalam lapan kategori berdasarkan tiga tema iaitu isu global, isu semasa dan kandungan Islamik.

Lapan kategori tersebut ialah Filem Naratif Terbaik, Filem Dokumentari Terbaik, Filem Animasi Terbaik, Video Muzik Terbaik, Khidmat Pesanan Masyarakat Terbaik, ‘Promising Young Mind’ khusus untuk pelajar sekolah, Anugerah Khas Juri dan Anugerah ‘Best of The Best’, katanya pada sidang berita hari ini.  

 

Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa berkata bengkel kreativiti dan forum santai turut diadakan dengan perkongsian ilmu daripada penggiat seni tempatan antaranya Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Mamat Khalid dan ramai lagi.

Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM, Ahmad Hisham Zainal Abidin berkata 176 penyertaan dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Filipina dan India diterima dan 70 daripadanya telah disenarai pendek dan akan dinilai oleh para juri yang diketuai Ahmad Tarmimi.

Tambahnya, para pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang trofi, sijil penyertaan serta wang tunai.

((BERNAMA))