Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Tiga Bintang Popular Tanah Air, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Safura Ya'cob Dan Liza Hanim Bakal Raikan Hari Ibu

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Tiga bintang popular tanah air Fauziah Datuk Ahmad Daud, Safura Ya'cob dan Liza Hanim akan berada sepentas  bagi meraikan kaum ibu sempena sambutan Hari Ibu pada 1 Mei depan.

Majlis Sepetang Bersama Bonda Ratuku anjuran MAC Training Centre Sdn Bhd dengan kerjasama Hotel Premiera itu akan dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik termasuk pertunjukan fesyen, persembahan daripada pelajar Ogy Centre Stage & Academy dan cabutan bertuah untuk penonton.
   
Menurut Pengurus Besar Premiera Hotel, Kamaruddin Kassim, selain memberi pengiktirafan kepada seorang ibu jasa mereka, program tersebut juga mengangkat budaya kasih sayang sebagai amalan kehidupan harian.

Program yang berlangsung selama 3 jam setengah itu akan dimeriahkan oleh Seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud selaku pengacara majlis, serta persembahan nyanyian dari selebriti terkenal  Safura Ya' cob dan Liza Hanim.

Bukan sahaja menyanyikan lagu hits mereka malah beberapa buah lagu yang liriknya bersesuaian untuk kaum ibu.

Selain disajikan dengan menu sajian yang sedap beserta hiburan, penganjur juga menawarkan pakej istimewa termasuk bilik dan sarapan untuk dua orang termasuk tiket ke jamuan minum petang pada harga RM 580.

Manakala bagi pakej meja eksklusif harga ditawarkan bermula RM 5 ribu hingga RM 10 ribu sebuah.

Kesemua tempahan holeh di beli secara atas talian dari website Ilaso ticket, 11street atau melalui talian telefon pengurus jualan dan di kaunter hotel Premiera Hotel Kuala Lumpur.

((RTM / TV))