Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Bintang RTM 2018: Enam Finalis Giat Persiapkan Diri Menjelang Konsert Akhir Sabtu Ini

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Daripada 16  kini hanya tinggal 6  sahaja.

Pertandingan Bintang RTM 2018 bakal sampai ke kemuncaknya dan hanya 6 peserta yang layak ke konsert akhir bintang RTM 2018.

Bukan sahaja peserta  giat mempersiapkan diri, kesemua tenaga pengajar dan juga krew produksi sibuk dalam menjayakan konsert.

Pencarian bakat bintang RTM 2018 bermula seawal bulan Disember 2017 yang lalu, pentas akhir bakal menyaksikan keupayaan enam finalis berentap untuk merebut gelaran juara.

Selain kelas vokal, enam peserta tersebut,Ferona, Heidi, Hariz, Hafiz, Yasser dan Anna turut didedahkan dengan kelas lain bagi memantapkan persembahan.

Pada tahun ini, peserta Bintang RTM 2018 telah dikumpulkan dalam sesi pembelajaran selama lebih kurang tiga bulan.
 
Bintang RTM 2018 masih mengekalkan penjurian berdasarkan juri tetap, penonton boleh berinteraksi melalui media sosial untuk memberi sokongan seperti melalui facebook, Twitter dan Instagram.

Konsert akhir Bintang RTM 2018 bakal bertemu penonton pada 7 april ini di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam dan juga akan disiarkan secara langsung di TV2.

((RTM / TV))