Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Pemain Piano Malaysia Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa

  • Published in Hiburan
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Louisa Foong memulakan perjalanannya dalam bidang muzik seawal usia tiga tahun apabila mengikuti kelas piano di Sekolah Muzik Yamaha di sini dan sejak itu wanita berusia 24 tahun berkenaan tidak lagi menoleh ke belakang.

Anak jati Kuala Lumpur itu yang kini bergelar pemain piano, penerbit,  penyusun serta konduktor muzik selain mengetuai sebuah kumpulan muzik, mula mencipta nama di arena antarabangsa menerusi video muzik bertajuk ‘Revival’ yang diterbitkan dan diarah sendiri olehnya pada Disember 2015, disusuli konsert  pertamanya dengan tajuk sama di Berklee College of Music di  Boston, Masachussets pada 29 Feb 2016. 

Menurutnya pada peringkat awal beliau mengalami kesukaran  mengikuti pengajian kerana muzik kontemporari berbeza dengan klasik namun beliau sedar bidang itu penting sebagai persediaan untuknya ke Berklee College of Music di Boston, Masachussetts, Amerika Syarikat (AS).

Antara pengalaman paling berharganya setakat ini ialah menjadi membuat persembahan pembuka tirai jelajah Richard Clayderman di sini pada 2013 serta menyanyi bersama Berklee Gospel Choir dengan pemenang Anugerah Emmy, Chris Tomlin pada jelajah ‘Love Ran Red’ penyanyi itu di Lowell, AS pada 2015.

Kini wanita muda itu dalam proses menerbitkan single lagu gospel pertamanya yang akan menampilkan penyanyi dan penulis lirik Amerika Syarikat (AS) Tyesha Chaunte.           

((BERNAMA))