Thursday, 15 April 2021

updated 7:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Presiden Cuepacs , Datuk Azih Muda umum bertanding jawatan Naib Presiden ANGKASA

  • Published in Berita Semasa

FOTO - RTM


KUALA LUMPUR - Presiden Cuepacs , Datuk Azih Muda mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa).

Beliau menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan itu pada Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa Ke-34, Sabtu ini, demi meneruskan pembelaan terhadap kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan.

Jelasnya lagi, beliau akan mempertahankan kemudahan Potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) yang diperjuangkan Cuepacs demi kebajikan penjawat awam.

Datuk Azih bakal menamatkan perkhidmatan dengan Cuepacs pada 16 Disember ini.

Beliau juga merupakan Pengerusi Koperasi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Bhd (Kosmat) dan Pengerusi Koperasi Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia Bhd (Kospeta).