Monday, December 9, 2019
updated 5:14 AM UTC, Dec 9, 2019

Anak kreatif Malaysia tembusi pasaran antarabangsa

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Pereka fesyen tempatan, syarikat Lila Majnun diberikan penghormatan untuk menyertai acara fesyen antarabangsa, NK Fashion Week pada September tahun ini.

Selain Lila Majnun, beberapa syarikat pereka tempatan yang lain turut dijemput seperti Fana Couture, Angie Jewels & Co, Ummiriaz International dan MW by Mimi Wahedah.

Pertunjukkan fesyen yang diadakan buat kali pertama oleh jenama fesyen tempatan, Norish Kareem Couture, NKC adalah bagi memperkenalkan pereka fesyen dari Malaysia di pentas dunia dan memberikan mereka pendedahan kepada industri fesyen antarabangsa.

Jelas pengasas jenama tersebut, Norish Kareem, pertunjukan fesyen tersebut akan diadakan di tengah Kota London dan telah berkolaborasi dengan rakan strategik, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, MATRADE.

Tambah Norish Kareem lagi, beliau akan menyediakan ruang di butiknya untuk pereka fesyen dari Malaysia dan seluruh dunia mempamerkan jenama mereka di Kota London.

NK Fashion Week juga akan diadakan di Doha, Qatar pada bulan November ini menerusi agensi kerajaan Qatar.

Norish Kareem juga turut mengalu-alukan pereka fesyen tempatan yang berminat untuk menyertai NK Fashion Week dan ingin menempatkan koleksi mereka di London supaya menghubungi beliau menerusi emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Norish Kareem, anak jati dari Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Kuala Lumpur, terlibat dalam industri pereka fesyen sehingga membuka butik kafe di Kota London.