Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Sasterawan Negara Profesor Madya Dr Lim Swee Tin Ke Pentas Teater

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Setelah lebih empat dekad berkecimpung dalam dunia penulisan  dan penerbitan puisi, impian sasterawan negara ​​​​​Profesor Madya Dr Lim Swee Tin untuk ke pentas teater akhirnya tercapai.

Beliau bakal membuat penampilan sulung dalam teater berjudul ‘Limau Nipis Naga Berseru’ di  Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada Jumaat dan Sabtu ini.

Profesor Lim yang terkenal sebagai penyair berkata beliau teruja untuk memegang watak sebagai Raja Sakti  Bongsu dalam teater itu, dan tidak gentar untuk melakonkan watak tersebut.

 

Pada persembahan itu, Dr Lim akan muncul sebanyak tiga kali dalam teater yang menggabungkan tiga kesenian tradisional yang dinamakan ‘WADIRA’, iaitu gabungan wayang kulit, dikir barat dan menora.

Teater selama sejam setengah itu merupakan sebahagian program Panggung Seni Tradisional 2018: WADIRA anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di MaTiC.

((BERNAMA))