Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 12:10 PM UTC, Jun 21, 2018

Sebutan Kes Dadah Sofi Jikan 11 April

  • Published in Hiburan

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sinihari ini menetapkan 11 April untuk sebutan semula kes pelakon Sofi Jikan atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC, Februari lalu.

Majistret Nurulhuda Zakariya menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48,  yang didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC..

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 11.15 malam, 6 Feb lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy  menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada peguam mewakili pelakon itu, Datuk Haniff Hassan.

 ((BERNAMA))