Friday, May 25, 2018
vital-top
updated 1:45 PM UTC, May 25, 2018

Aktivis Seni Teater Meninggal Dunia

  • Published in Hiburan

GEORGE TOWN - Bekas pensyarah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga aktivis seni teater Prof Madya Dr Abdul Samat Salleh meninggal dunia tengah hari tadi di Hospital Kepala Batas di sini.

Ini disahkan oleh rakan karibnya Prof Madya Dr Rahimah Abdul Hamid yang juga pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, universiti itu.

Rahimah ketika dihubungi Bernama berkata Abdul Samat, 73, adik kepada seorang tokoh akademik negara, allahyarham Tan Sri Dr Awang Had Salleh, meninggal pada jam 1.20 tengah hari akibat sakit jantung.

Rahimah berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Abdullah Fahim di Kepala Batas selepas solat Maghrib.

Abdul Samat, anak kelahiran Kedah terlibat dalam kerjaya sebagai guru dari 1965 hingga 1982.

((BERNAMA))