Tuesday, September 18, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Filem Datuk Chong Wei - Inspirasi Buat Rakyat Malaysia

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR — Filem berjudul ‘Lee Chong Wei: Rise of the Legend’ bukan sekadar filem untuk ditonton tapi mampu menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata filem biopik yang akan menemui penonton di pawagam Golden Screen Cinema (GSC) pada 15 Mac ini memaparkan apa yang pernah dikatakan oleh Datuk Lee Chong Wei bahawa bakat sahaja tidakmencukupi untuk menjadi pemain badminton terbaik.

Katanya, kisah hidup pemain di ranking kedua dunia itu perlu menjadi iktibar dan inspirasi kepada rakyatkhususnya generasi muda yang meminati sukan terutama badminton.

Beliau berkata pada majlis tayangan perdana sedunia filem Lee Chong Wei di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

((BERNAMA))