Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Pelakon Maria Farida Peroleh Ganti Rugi Berjumlah RM 400,000

  • Published in Hiburan
Foto - Instagram Maria Farida

KUALA LUMPUR - Pelakon Maria Farida memperoleh ganti rugi berjumlah 400 ribu Ringgit selepas berjaya dalam kes saman fitnah yang difailkannya terhadap ahli perniagaan kosmetik dan anak perempuannya, tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira kegagalan defendan...Hadijah Mohamed Mokhtar dan anaknya Nur Shazleen Anis Mohd Yusoff, untuk hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes saman berkenaan.

Mahkamah memerintahkan Hadijah membayar ganti rugi 300 ribu Ringgit manakala Nur Shazleen 100 ribu Ringgit.

Dua beranak itu juga diarah membayar kos 50 ribu Ringgit kepada Maria Farida selaku plaintif dalam kes saman itu.

((RTM / TV))